Pages
:: bersih ::
:: mengapa ::
:: syaitan 1-3 ::
:: syaitan 2 : sleep ::
:: syaitan 3 : dont go to work ::
a'uzubillahiminasyaithanirrajim......
.:| ketika cinta bertasbih |:.

Bertuturlah cinta mengucap satu nama Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku Cinta yang bertasbih mengutus hati ini Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu
Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih
.:| tarawih |:.

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti
Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadhan
Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang
Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.
Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Bukhari; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.
sumber : http://ms.wikipedia.org
sama2 la kita meningkatkan amalan di bulan yg telah Allah hadiahkan kpd umat islam ini...termasuk la sy...^_^ peace...
.:| mulianya ramadhan |:.
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna.
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya.
8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air.
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
.:| palestine |:.

~untukmu Palestin~
Berdzikir Dengan Nama Tuhanmu
Bermunajatlah Di Tengah Malam
Bertaubatlah Padanya Penuh Rasa Hamba
Agar Doa Kita Di.. Makbulkan
Agar Palestina Kita Genggam Semula
Agar Palestin Bebas Di Tangan Kita
Kembali Damai Disirami Air
Kebenaran Al-Quran Dan Sunnah
Palestina Kan Dimiliki Lagi
Ingatlah Allah Dan Hindarkan Dosa
Palestin Kan Aman Lagi
Dengan Ketaatan Dan Amalan Soleh
Palestine You Will Regain Your Land
Remember Allah And Stay Away From Sin
Palestine Will Be At Peace Again
And Filled With The Worship Of Allah
Dengan Kata Dan Ketaqwaan
Pada Allah Yang Maha Kuasa
Ketakutan Dan Kelemahan
Peluru Dan Dentuman
Bukan Lagi Penghalang
Pembelaan Allah Akan Datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin...
Palestin...
dpt jgk bertemu dengan ust Nazrey mantan members of kump Raihan...ble dgr suara dia mse aritu, teringat mse zmn kanak2...kirenye sy membesr diiringi lagu dye jgk la kn...huhu...pray for Palestine always...bersyukurlah dgn nikmat kehidupan yg Allah beri kepada kita... peace for Palestine!!!
.:| memotong kuku |:.
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya barang siapa yang mengerat kukunya pada :-
Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Memotong kuku juga ada caranya mengikut sunnah Rasulullah iaitu sunnah memotong kuku jari telunjuk tangan kanan dahulu seterusnya jari tengah diiringi jari manis dan diikuti jari kelingking. Selepas itu, memotong jari kelingking tangan kiri sehingga ibu jari tangan kiri dan diakhiri ibu jari tangan kanan.

so...marilah ikut sunnah Rasulullah k...
.:| nyanyian |:.
betul ke suara perempuan itu aurat?
suara wanita kalau mengikut Ulama’ Muktabar termasuk Al Imam An Nawawi, ianya tidak aurat. Namun begitu, ada juga yang menyatakan aurat. Cuma ianya menjadi perbahasan apabila wanita menggunakan suara untuk menyanyi. wanita menyanyi di khalayak ramai asalkan mereka menjaga adab-adab iaitu menutup aurat dan tidak menggerakkan badan yang boleh mendatangkan fitnah.
Hiburan tiada salahnya,
kerana hiburan itu indah,
hanya pabila salahnya memilihnya,
membuat kita jadi pesalah......
so tak salah la kn ayah bawak g karok...huhu...yg penting niat ayah suka2 je...bukan nk menunujuk...kn???
Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan
Sebagai ibubapaku
Chorus:
Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu
Wahai guruku
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi
Guruku
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan ku buktikan kepadamu
Wahai guruku
selamat hari guru untuk semua guru2 n lecturer sy yg bnyak mencurahkan ilmu, jasa kamu semua tak dapat sy balasi, semoga sgla ilmu itu diredhai dan hidup guru2 ku semua diberkati...untuk ibu sy Pn. Semah...selamat hari guru, ibu da ajar sy banyak sgt...dari kecik smpi ke bsr...tahniah sbb dpt jdi tokoh guru bg negeri Johor untuk kali ini...i'm so proud of u babe...huhu...
.:| doa seorg kekasih |:.

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
sy mnta maaf kt awk sbb buat awk terfikir2 pasl sy, sy tak tau ape perasaan sy skrg, sy tak tau ape perasaan awk, sy ingt kite tak pyh berhbung buat smntara waktu, tp awk da buat pn...tp tak tau la utk smntara waktu atau slama2nya...sy redha... ^_^ ...awk buat la yg terbaik, sy ltak kptsn pada tgn awk, sbb awk lelaki...
.:| sahabat |:.

Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.
Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.
Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.
Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya
keredhaan dari Allah.
Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.
Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.
Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.
rindu kt PGM...rindu sgt2 kt semua...
.:| tentang bulan |:.

Bulan dan bintang
Bersinar berkelipan
Dan menerangi
keindahan malam
Tanpamu bulan
Malam kegelapan
Tanpamu bintang
Hilanglah keindahan
Ini kisah tentang bulan
Bulan bintang jadi kawan
Bergitulah persahabatan
Yang cuba kami eratkan
Moga berkekalan selamanya
Bergitulah kami hidup lima sekawan
Sesama berjanji susah senang dirasa
Dibawah sinaran cahaya bulan bintang
Menjadi saksi janji kami semua
miss my frens a lot...
.:| eoppae |:.


betol ke ayat kucing adalah air mata Rasulullah? sejauh mana betul atau salah pun ayat tu...kucing tu adalah air mata saya...saat sy post nie, eoppae si kucing oren sy tengah nazak...ayak plak tgh nyanyi lagu sedih...macamana nak tahan nangis ni...
dan 9.54 mlm ni angah bgtau sy yang eoppae da tinggal sikit je nyawa dia...kesian dia...ape sebabnya dia sakit ek...kenapa sy tak tau...da la arumuichie da ilang...tinggal aruimunie je...
ibu kata takpe la...dri dye trus tersiksa, better dia duduk kt SANA kn...dgn kekasih kita tu...
sian kat eoppae, sy tak jaga dia betul2...eoppae...sory... =(
.:| permata yang dicari |:.

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
sebijik dalam hati sy skrg ni...itu la yg sy rasa skrg...dan sy berdoa...
.:| kasih tidak terjamah |:.
Inikah yang ku terimaSetelah semua cinta ku berikannya
Inikah yang kau beri
Setelah semua rindu ku curah
Apakah hati mu
Yang perlu ku jaga dan ku belai manja
Sedangkan hati ini
Tak pernah engkau pedulikannya
Memang dulu
Hati kecilku ini
Ku tanam kasih
Ku siram rindu
Untuk diri mu saja sayang
Tapi kini
Semua telah berlalu
Kau musnahkannya
Kau lontar jauh
Sepilah hatiku ini
Oh sayang
Andainya derita ku ini
Buat kau bergembira
Biarlah diriku bersedih sayang
Asal kau bahagia
Andainya itu yang kau pinta
Terserahlah pada mu
Hati ku usahlah kau ambil kisah
Tahulah ku pujuknya
Biarkanlah aku merana
Asalkan kau hidup bahagia
Tanda sayang kekal selamanya
Walau kasih tidak terjama
skrg ni bru sy realize, npe sy slalu online je semenjak 2 menjak ni...sy jmpe sumone yg da bukak pntu ati sy, tp disebabkn dye dah...redha je la... ^_^
.:| perjudian |:.

Banyak negara yang melarang perjudian sampai taraf tertentu, Karena perjudian mempunyai konsekwensi sosial kurang baik, dan mengatur batas yurisdiksi paling sah tentang undang-undang berjudi sampai taraf tertentu.
Beberapa Negara-negara Islam melarang perjudian, hampir semua negara-negara mengatur itu. Kebanyakan hukum negara tidak mengatur tentang perjudian, dan memandang sebagai akibat konsekuensi masing-masing, dan tak dapat dilaksanakan oleh proses yang sah sebagai undang-undang. Dengan begitu organisasi jenayah sering mengambil alih penyelenggaraan dari hutang perjudian besar, kadang-kadang menggunakan metoda yang kejam.
Kenapa perlu menghalalkan yang haram sdgkn kita tahu sbg negara yang mengamalkan prinsip Islam dan meletakkan Islam sebagai kedudukan tertinggi dari agama2 yang lain...kenapa Islam semakin diketepikan oleh umatnya sendiri...MASYAALLAH...
.:| batuk |:.

Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.
Sebab-sebab
- Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
- Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
- Alahan
- Asma
- Merokok
- Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
- Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
- Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
- Tekanan
- Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.
Rawatan
- Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
- Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
- Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
- Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
- Berhenti merokok
- Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
- Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.
- Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
- Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
- Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
- Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
- Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
- Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
- Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.
.:| mother's day |:.
Who should I give my love to? My respect and my honor to Who should I pay good mind to? After Allah And Rasulullah Comes your mother Who next? Your mother Who next? Your mother And then your father Cause who used to hold you And clean you and clothes you Who used to feed you? And always be with you When you were sick Stay up all night Holding you tight That's right no other My mother Who should I take good care of? Giving all my love Who should I think most of? After Allah And Rasulullah Comes your mother Who next? Your mother Who next? Your mother And then your father Cause who used to hear you Before you could talk Who used to hold you? Before you could walk And when you fell who picked you up Clean your cut No one but your mother My mother Who should I say why close to? Listen most to Never say no to After Allah And Rasulullah Comes your mother Who next? Your mother Who next? Your mother And then your father Cause who used to hug you And buy you new clothes Calm your head And blow your nose And when you cry Who wiped your tears? Knows your fears Who really cares? My mother Say Alhamdulillah Thank you Allah Thank you Allah For my mother.
❤ My mother ❤

thanx ibu 4 everything...jasa ibu tersgt200x bnyak...hehe...along syg ibu...mmmuahx....






